Thursday, October 19, 2006

Tahniah kepada warga FEP UPM.


PeYatim UPM memanjatkan kesyukuran atas ketibaan bulan Ramadhan yang kini hampir ke penghujungnya, dan tidak lama lagi, muncul pula Syawal yang menjanjikan kenangan manis dan maung kepada mahasiswa UPM yang bergelar Yatim Piatu.

Pemerhatian sepanjang bulan ini menunjukkan, pihak Fakulti melalui aktiviti pelajarnya telah berjaya menganjurkan satu program amal untuk anak-anak yatim baru-baru ini di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM (FEPUPM).

Dari pihak PeYatim UPM, syabas diucapkan kepada FEPUPM. PeYatim UPM mengharapkan agar lebih banyak lagi aktiviti sepengajuran begini dapat diteruskan pada masa akan datang agar kebajikan anak yatim terbela.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home